Kesunyian....

8:15 PM Posted by Nas Azhar


“Most people write off their longing for friends and family as so many losses in their lives, when they should count the fact that their heart is able to long so hard and to love so much as among their greatest blessings.”Etty Hillesum
Sunyi sungguh sepanjang keberadaan di universiti tatkala ramai pulang untuk Aidil Aidha dan aku tetap di sini menanti suatu acara untuk kunjung tiba.Biarpun ada yang tak sayang mulut kata aku tak rindu rumah tak sayang emak....aku biarkan sahaja kerana yang tau sejauh mana aku sayangkan keluarga aku,hanya yang Maha Esa.Bukan mereka.Aku pasti.Siapa mereka?Bukan siapa-siapa,hanya manusia biasa.Biarkan....Aku letih dan rasa malas.Banyak benda aku kena belajar dan kaji.Agar tak sia-sia pengorbanan ini nanti.Aku perlu tabah begitu juga mereka.Insyaallah pasti ada balasan dariNya.Hujan mula reda,mentari segan silu mencium lantai bumi....Kencang bertukar senang...hari yang tenang kini menjelma..Moga ada sinar menanti disana....
p/s: la tahzan innallaha maana

Selamat Hari Jadi Nas Azhar-ke 20

5:31 PM Posted by Nas Azhar



Tepat pukul 12.00 malam,berbagai sms dan msg masuk kat hp dan facebook.Thanks everyone sebab ingat hari jadi aku.Ucapan tersebut aku anggap hadiah paling istimewa daripada kamu semua.Untuk mengucapkan sesuatu yang indah kepada seseorang bukanlah mudah andainya seseorang itu tiada tempat di hati kamu.


Paling diingati buat emak dan ayah yang melahir dan membesarkan aku.Alhamdulillah aku membesar sihat walafiat.Paling utama kepada yang Maha Kuasa sehingga kini aku masih bernyawa dan diberi peluang untuk merasai nikmatnya dan barangkali peluang untuk berubah sebelum jasadku rebah bersemadi di alam barzakh.


Umurku kini memasuki 20 tahun.Aku perlu sedar yang aku semakin tua.Harapan aku moga hari-hari yang mendatang akan terbit sinar dan menyirna segala kekusutan dalam jiwa.Untuk adikku Muhammad Najmi Bin Azhar semoga anda cemerlang dalam SPM.


Buat ahli DEMI tercinta,sahabat UMT,rakan-rakan KMK dan teman-teman zaman persekolahan moga ukhwah kita kekal selamanya dan diredhai ALLAH SWT.Hingga hujung nyawa moga sampai kepadaNya.






HARAPAN

7:35 PM Posted by Nas Azhar



Sepanjang cuti ni aku spend most of my time di UMT.Sejuk bangat.Hujan selalu dan baju pun
tak kering-kering.Kena angkat lepas ni kalau tidak bertahi lalat baju.Latihan debat aku kena conduct.Pagi,petang dan malam.Everyone give their commitment but sometimes mereka terpaksa tidak hadir kerana ada urusan FYP.Tak mengapa pelajaran itu lebih penting.Semakin lama aku semakin gusar memikiran prestasi aku dan kawan-kawan nampak macam tiada perkembangan positif.Silapnya mungkin pada pengetahun yang cetek dan masalah disiplin.Aku harap dengan masa berbaki 14 hari sebelum bertolak nanti perubahan akan berlaku.We should gain something for upcoming Royal Debate as well for english debate.Kita perlu bangkit berusaha dan jangan biarkan diri enak diselimuti kesejukan hingga terlupa ada tugas dihadapan kita....

berakit-rakit ke hulu,
berenang-berenang ke tepian,
bersakit-sakit dahulu,
bersenang-senang kemudian.

Kenangan Terindah.....

11:37 AM Posted by Nas Azhar

Ada apa pada gambar di atas ni?

awek akukah?

ahaks!

perkenalkan mereka inilah kak erny (tudung putih) dan kak intan(ada orang nak kenal ke?)

merangkap senior debat aku.Sekarang dah tak belajar kat UMT coz dah graduate.Mereka ni

sangat happening.Post kali ini bertujuan untuk mengenang mereka(macam serikandi negara).

Apapun aku sangat bersyukur dapat sepasukan dengan mereka tatkala mereka di ambang

persaraan.Kenangan tersebut akan aku semadikan dalam ingatan(ayat mau gempak).Thanks

buat kak erny sebab sanggup bawak bercuti kat rumah kak erny bersama dengan kak intan.






gambar kat atas ni ialah sungai berdekatan rumah kak erny..Damainya~


ni rumah apa pulak ni.....so scary~kalau nak tahu rumah ni merupakan tinggalan saudara mara
kak erny.Dalam picture ni ialah kak intan (sorry gambar belakang).Time ni kitaorang sedang
meninjau kawasan ni and then nak pergi tengok sungai.....



Siap posing lagi kak erny di hadapan
RUMAH AGAM,YANG TERSERGAM INDAH~

kalaulah ada sumur di ladang,
bolehlah kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang,
insyaallah....berjumpa lagi......

Pengakhiran Yang Menggembirakan

9:05 AM Posted by Nas Azhar


Seronoknyer...hari ini aku tersenyum LEBAR.....
kenapa?
AKU DAPAT A KAH UNTUK PLANT PHYSIOLOGY?
Almaklumlah jawapan aku kan hebat bersandarkan teori logikal dan dimensi ciptaan aku sendiri
yang disesuaikan dengan teori plant physiology....huhu
MESTILAH TAK!
apa yang best ialah hari ni tamatlah sudah perjuangan aku di medan peperiksaan....ahaks!
apa lagi...berseronok sakan aku dengan coursemate malam ni...then gi MCDONALDS santap jap pastu main buaian kat WATERFRONT...
Balik asrama pulak aku makan secret recipe(pogie n helmy pyer)...huh...hari ini hari senyum lebar...aku harap senyuman ini takkan pudar untuk hari-hari yang berikutnya..amin

Permulaan yang Mengecewakan....

10:44 AM Posted by Nas Azhar



Hari ni merupakan hari pertama my final exam...


pertama merupakan permulaan...


sayangnya permulaan ini adalah


PERMULAAN YANG MENGECEWAKAN!


ambik ko!


keluar je dari dewan peperiksaan...banyak keluhan yang aku dengar


basically keluhan tu seolah-olah menyifatkan paper yang kiatorang ambik ni salah...


coz susah giler.....anyway perlu muhasabah diri semula sebenarnya


konklusinya kita yang tak study sehingga mencapai standard seorang mahasiswa


standard yang bagaimana?(paham2 jela korang)


takpe...paper lain ada lagi


perjalanan masih jauh...teruskan ke hadapan capai impian tapi jangan kita lupa....


Sesekali kita perlu menoleh ke belakang....

DIET COMPETITION

6:36 AM Posted by Nas Azhar

AN APPLE A DAY KEEPS THE DOCTOR AWAY
WE ARE THINKING OF THIS....THEN WE DECIDE
TO LAUNCH DIET COMPETITION
BECAUSE....



WE ARE LOOKING FOR THIS....CAUSE WE WANT TO LOOK HOT!!!..NOPE....WE JUST WANT TO GET HEALTHY BODY
THIS IS BETWEEN US TO LOST 7KG IN 3 MONTHS



ME AND FENE AKA BRAD N ANGELINA????HUH


HOPE WE CAN BACK IN SHAPE......HAHAHAHAHA!..see ya in 3months